10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Tan Yee Kew dilantik ketua penerangan PKR S'gor
Jimadie Shah Othman | Nov 19, 08 5:36pm
PKR Selangor membuat rombakan membabitkan tiga jawatan penting bagi memantapkan lagi pentadbiran parti itu, termasuk pelantikan bekas timbalan ketua Wanita MCA, Datuk Paduka Dr Tan Yee Kew sebagai ketua penerangan yang baru.

tan yee kewPada 17 Julai lalu, Dr Tan mengumumkan keluar MCA atas alasan parti itu bukan lagi satu wadah berkesan untuk membela nasib rakyat dan negara.

Beliau menggantikan Nashruddin Abdul Aziz yang memangku jawatan tersebut apabila bekas pegawai tugas-tugas khas menteri besar, Yahya Sahri, melepaskan jawatan itu pada 23 Jun lalu.

Yahya meletakkan jawatan kerana "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Abdul Khalid" yang menggantung tugasnya berhubung siasatan kes kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah di Petaling Jaya.

Dr Tan memulakan tugas pada 30 Oktober lalu di samping Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang menggantikan wakil rakyat Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Ahmad sebagai timbalan ketua perhubungan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari pula mengambil alih jawatan setiausaha perhubungan PKR Selangor, menggantikan ketua bahagian Serdang, Hamidi Hassan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Amiruddin mengesahkan pelantikan baru itu.

Pasukan petugas

Menurut beliau, rombakan itu dibuat bagi meralisasikan projek PKR Pusat yang ingin memantapkan urusan pentadbiran parti itu di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Menurut Amiruddin, rombakan itu dicadangkan sebuah pasukan petugas yang diinspirasikan oleh bendahari PKR William Leong yang memulakan kajian mereka September lalu.

Pasukan itu, katanya, akan mengenalpasti masalah parti yang melibatkan hal-hal pentadbiran, pengurusan ahli baru dan kewangan negeri.

"Kita hendak naik taraflah," katanya.

Anggota Biro Politik PKR negeri itu juga akan dianggotai empat muka baru yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat negeri itu - Adun Gombak Azmin Ali, Sivarasa Rasiah (MP Subang), Zuraida Kamaruddin (MP Ampang) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia).

Selain rombakan dalam pejabat perhubungan negeri, sebuah forum yang mengumpulkan ketua-ketua bahagian seluruh Selangor dan wakil rakyat - Adun dan ahli parlimen - akan turut ditubuhkan.

Bertindakan sebagai ejen semak dan imbang, kumpulan ini akan bertemu setiap sebulan membincangkan polisi-polisi kerajaan Selangor


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner