Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata beliau sudah menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.
Katanya peguam beliau telah mengemukakan permohonan untuk mengenepikan penghakiman mahkamah 3 November lalu yang mengisytiharkan dirinya muflis.
"Perintah dari mahkamah pun belum dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada majlis khatan perdana anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial Kakitangan Hospital Kuala Nerang dan Adun Kuala Nerang di Kuala Nerang hari ini.
Menurut Bernama, Khamis lalu media melaporkan Kedah berkemungkinan menyaksikan pilihanraya kecil berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan Adun Kuala Nerang itu muflis.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.
No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama 59000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2284 3367 (Advertising/Tech/Subscription) | 03-2283 5567 (Editorial) Malaysiakini.com is not responsible for the content of external internet sites